Rawatan ‘braces’ tanpa besi?

Kadang-kadang besi braces itu akan menyebabkan ulser mulut. Makanan pun boleh tersangkut dan kita kena rajin bersihkan gigi. Mesti ramai yang tertanya, “Bagaimana saya boleh ratakan gigi tanpa pakai besi?” 

Kita ada memberikan perkhidmatan ‘clear aligners’ atau pun pendakap gigi yang lutsinar (invisible braces). Baca lebih lanjut untuk mendapatkan info.

Apa itu Clear Aligners?

Clear Aligners adalah suatu rawatan ortodontik yang dibuktikan berkesan dalam meratakan dan menyelaraskan gigi tanpa menggunakan apa-apa besi. Ia diperbuat dari bahan plastik yang keras yang perlu dipakai oleh pesakit. 

Pendakap gigi itu akan memberikan tekanan minima dan berterusan untuk menggerakkan gigi ke posisi yang kita mahu. Justeru, ia akan memberikan anda senyuman yang anda selalu idamkan tanpa menggunakan dawai.

Bagaimana Clear Aligners berfungsi?

Langkah 1: Satu imbasan 3-D akan dibuat di mulut pesakit.

Langkah 2: Imbasan tersebut akan dihantar ke makmal untuk analisa. Doktor terlatih kami akan membuat pelan rawatan yang sesuai. 

Langkah 3: Pendakap gigi akan dihasilkan melalui proses pencetakan 3D (3D printing)

Langkah 4: Pesakit akan dipanggil semula ke klinik untuk diberikan pendakap gigi untuk dipakai. Bilangan pendakap gigi terpulang kepada kerumitan kes. Setiap pendakap akan dipakai selama 2 – 4 minggu. 

Langkah 5: Pesakit akan dipanggil ke klinik untuk rawatan susulan setiap 2-3 bulan untuk memastikan rawatan sedang berjalan lancar.

Adakah Clear Aligners sama seperti Invisible Braces?

Ya, nama berbeza tapi dua-dua merujuk kepada rawatan yang sama. Mungkin ada jenama seperti Invisalign atau Clearpath. Ada juga jenama yang menggunakan model ‘direct-to-consumer’ seperti Zenyum.

Di KPF Dental, kami menggunakan jenama Orion, sebuah produk Eropah yang dah terbukti keberkesanan di seluruh dunia. 

Bagaimana saya boleh dapatkan rawatan ini?

Mudah sahaja! Hanya perlu hubungi kami di Whatsapp atau telefon untuk membuat temujanji di mana-mana cawangan KPF Dental.