Gigi merana agkara fake braces

Di KPF Dental, kami ada menerima pesakit yang pernah membuat rawatan braces dari doktor gigi palsu. Pesakit ini akan datang ke klinik kami dengan keadaan gigi yang rosak, ulser di mulut dan tartar & plak yang berleluasa. Di dalam mulut, akan ada ‘bracket’ di gigi depan sahaja, dengan dawai yang terjuntai sebab dipotong terlalu pendek. 

Bila ditanya braces ini dibuat di mana, jawapan yang kami terima;

“Di hotel, doktor. Saya nampak iklan di FB.” atau ‘ Di rumah orang, dia buat gigi saya atas sofa.”

Ya Allah, sedih kami mendengar jawapan begini. Ramai anak-anak muda kita terlalu ghairah mengejar trend sampai tidak tahu rawatan ortodontik braces bukan untuk estetik semata-mata. Rawatan braces adalah untuk menggerakkan gigi supaya fungsi mulut & pertuturan boleh diperbaiki.

Siapa yang buat fake braces?

Selalunya yang buat fake braces bukan doktor gigi yang bertauliah. Malah barang-barang membuat pendakap gigi berkemungkinan dibeli dari penjual online yang diragui kesahihan mereka. 

Ada juga yang pernah bekerja di klinik gigi & sekarang membuat servis ini di salon kecantikan atau rumah mereka. Kalau di Instagram atau Facebook, kita akan nampak servis mereka diiklankan dengan harga yang murah, dalam RM300 ke bawah. 

Mungkin mereka merasakan membuat fake braces ini tidak akan mendatangkan kesan buruk ke pesakit, tetapi tanggapan itu salah sekali.

Apa kesan kalau saya buat fake braces?

Seperti yang kami nyatakan di atas, instrumen yang digunakan oleh penjual fake braces diragui kualiti dan tahap kebersihannya. Jangkitan kuman boleh terjadi, lagi-lagi kalau ada banyak pelanggan dalam satu hari.

Adakah kita pasti instrumen yang digunakan itu telah melalui proses pembasmian kuman yang betul? Kalau di klinik gigi, kami ada mesin autoclave yang akan memasak instrumen pada suhu yang tinggi untuk membunuh kuman.

Bagaimana pula dengan kualiti bracket & dawai? Adakah ia akan merosakkan gigi anda? Di klinik gigi bertauliah, barang-barang ini dibeli dari pembekal yang bertauliah. 

Tapi gigi saya dah rata, saya letak braces ni, untuk cantik sahaja.

Apa-apa yang diletakkan di gigi akan memberikan kesan dalam jangka masa panjang. Dawai akan memberikan tekanan ke gigi dan berpotensi mengubah posisi gigi. Anda mungkin mulakan ‘rawatan’ dengan gigi yang rata, tapi mengakhiri ‘rawatan’ dengan gigi yang merana.

Saya dah buat fake braces. Apa perlu saya buat?

Pergi ke klinik gigi yang berdekatan dan buka fake braces tersebut. Kalau ada apa-apa kerosakan di gigi, doktor gigi boleh periksa dan nasihatkan rawatan sesuai. 

Kesimpulannya, katakan tidak kepada fake braces. Di KPF Dental, kita ada banyak pilihan rawatan ortodontik yang sesuai dengan bayaran installment yang berpatutan. Hubungi kami untuk sesi konsultasi.